Monday, June 27, 2022

Wanita & Mahram

Hai dan  Assalamualaikum para sisters!  Jom kenali mahram kita, supaya kita lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan dan ikhtilat ๐Ÿฅฐ

Boleh rujuk infografik di bawah untuk memudahkan pemahaman kita semua ๐Ÿ˜„



Maksud mahram: Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.

Dalil: Penjelasan berkenaan dengan golongan yang dianggap sebagai mahram ini ada dinyatakan dalam firman Allah S.W.T :

ุญُุฑِّู…َุชْ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ุฃُู…َّู‡َุงุชُูƒُู…ْ ูˆَุจَู†َุงุชُูƒُู…ْ ูˆَุฃَุฎَูˆَุงุชُูƒُู…ْ ูˆَุนَู…َّุงุชُูƒُู…ْ ูˆَุฎَุงู„َุงุชُูƒُู…ْ ูˆَุจَู†َุงุชُ ุงู„ْุฃَุฎِ ูˆَุจَู†َุงุชُ ุงู„ْุฃُุฎْุชِ ูˆَุฃُู…َّู‡َุงุชُูƒُู…ُ ุงู„ู„َّุงุชِูŠ ุฃَุฑْุถَุนْู†َูƒُู…ْ ูˆَุฃَุฎَูˆَุงุชُูƒُู… ู…ِّู†َ ุงู„ุฑَّุถَุงุนَุฉِ ูˆَุฃُู…َّู‡َุงุชُ ู†ِุณَุงุฆِูƒُู…ْ ูˆَุฑَุจَุงุฆِุจُูƒُู…ُ ุงู„ู„َّุงุชِูŠ ูِูŠ ุญُุฌُูˆุฑِูƒُู… ู…ِّู† ู†ِّุณَุงุฆِูƒُู…ُ ุงู„ู„َّุงุชِูŠ ุฏَุฎَู„ْุชُู… ุจِู‡ِู†َّ ูَุฅِู† ู„َّู…ْ ุชَูƒُูˆู†ُูˆุง ุฏَุฎَู„ْุชُู… ุจِู‡ِู†َّ ูَู„َุง ุฌُู†َุงุญَ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุญَู„َุงุฆِู„ُ ุฃَุจْู†َุงุฆِูƒُู…ُ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ุฃَุตْู„َุงุจِูƒُู…ْ ูˆَุฃَู† ุชَุฌْู…َุนُูˆุง ุจَูŠْู†َ ุงู„ْุฃُุฎْุชَูŠْู†ِ ุฅِู„َّุง ู…َุง ู‚َุฏْ ุณَู„َูَ ۗ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ูƒَุงู†َ ุบَูُูˆุฑًุง ุฑَّุญِูŠู…ًุง

Maksudnya: Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Al-Nisa’ (23)]

Jenis-jenis mahram

  1. Mahram muabbad

    1. Mahram kerana nasab

      • Ayah

      • Anak lelaki

      • Saudara lelaki

      • Adik-beradik lelaki sebelah ayah & ibu (bapa saudara)

      • Anak dari adik-beradik lelaki dan perempuan (anak saudara)

    2. Mahram kerana pernikahan

      • Ayah suami (bapa mertua)

      • Anak lelaki suami (anak tiri)

      • Suami kepada anak lelaki (menantu)

      • Suami kepada ibu mertua (bapa mertua tiri)

    3. Mahram kerana susuan

      • Suami kepada ibu susuan (bapa susuan)

      • Anak lelaki dari ibu susuan

      • Adik-beradik ibu susuan

      • Ayah kepada ibu susuan

      • Ayah kepada bapa susuan (bapa mertua ibu susuan)

      • Adik-beradik bapa susuan

      • Bayi lelaki yang menyusu pada ibu susuan yang sama

  1. Mahram muaqqat (lelaki yang haram dinikah kerana sebab tertentu)

    • adik beradik lelaki suami (adik beradik ipar)

    • bapa saudara suami, sebelah ayah atau ibu.

No comments:

Post a Comment