Hai dan Assalamualaikum para sisters! 💖
Entri pertama kami akan bercerita dan berkongsi sesuatu yang sangat dekat dengan kita sebagai perempuan dan sebagai seorang manusia. Boleh teka tak apa tu?
Yes, SUKAN! 🏃🎾🏄
Sebab sebenarnya, banyak sangat isu mengenai suka dan wanita. Yelah, kita kan perempuan, muslimah. Bila nak bersukan mesti benda paling kita risaukan ialah, AURAT. Kan? Jadi, jom kita baca perkongsian mengenai Sukan dan Wanita dari perspektif Islam. Jom!
______________________________________________
Amnya, sukan melibatkan aktiviti fizikal yang melibatkan kemahiran dan kecergasan fizikal dimana seseorang individu atau kumpulan bersaing dengan pasukan lawan. Namun, ia juga merangkumi aktiviti fizikal lain seperti pertandingan dan rekreasi. Dalam konteks ini individu tidak semestinya bersaing dengan individu lain tetapi bersaing dengan kebolehan sendiri dan penambahbaikan kemahiran sendiri.
ii) Menurut Perspektif Islam
Sebagai agama yang syumul, ayat-ayat al-Quran menyediakan landasan untuk mengadaptasi pada semua keadaan dalam kehidupan termasuk dalam sukan. Contohnya, menutup aurat itu jelas tetapi bagaimana hendak menutup aurat boleh disesuaikan dengan keadaan iklim, tempat, budaya dan profesyen. Disini termasuk pakaian untuk sukan.
Dalam Islam penerangan istilah sukan dijelaskan melalui ayat-ayat yang menggalakkan berfikir untuk melakukan. Didefinisikan terdahulu sukan melibatkan aktiviti seluruh badan yang merangsangkan dayatahan, kesihatan sempurna dan keseronokan.
Dari lima rukun Islam terdapat tiga daripadanya melihat keperluan dan hasil dari bersukan. Solat, memerlukan pergerakan badan, khusyuk dan kebersihan. Kemudian melalui kajian sains puasa juga telah disarankan kerana mempunyai kebaikannya pada kesihatan. Akhirnya, rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji. Tidak dinafikan bagi mendapatkan kesempurnaan dalam ibadah haji, individu memerlukan tubuh badan yang sihat dan ketekunan yang sempurna. Haji melibatkan tekanan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Untuk persediaannya, aktiviti sukan adalah digalakkan kerana aktiviti sukan berfungsi bagi perkembangan kesejahteraan individu yang menjadi keutamaan untuk menjalankan ibadah haji.
Untuk menyokong lagi betapa Islam menggalakkan kita beraktiviti melalui sukan, mari kita lihat ayat al-Quran berikut:
وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍۢ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍۢ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksud: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). [Surah Al-Anfaal 8:60]
Begitu pula sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak dinafikan bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira dan dipraktikkan oleh Muslimah ketika bersukan.
1. Menjaga aurat dengan memakai pakaian menurut syariat.
Rasulullah bersabda kepada Asma’ binti Abu Bakar:
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Maka, wajib ke atas setiap wanita yang sudah baligh untuk menutup auratnya walaupun ketika melakukan aktiviti bersukan.
2. Bersukan hanya di kalangan wanita.
Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan. Hal ini bagi memelihara kepentingan hak dan kemuliaan wanita dalam bersukan iaitu dengan bersukan di tempat dan waktu yang bersesuaian. Wanita mempunyai hak yang perlu dititikberatkan sesuai dengan fitrah dan kejadian wanita yang sopan dan mempunyai maruah. Sebagai contoh, pengasingan penggunaan bilik gymnasium mengikut hari-hari tertentu antara lelaki dan perempuan memberi peluang kepada kaum wanita untuk melakukan aktiviti sukan tanpa batasan.
3. Jaga pergerakan semasa bersukan
Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang, gimnastik, luncur ais, tarian balet dan sebagainya sepatutnya diadakan sesama wanita dengan syarat-syaratnya. Hal yang demikian kerana tidak harus bagi wanita memperlihatkan liuk lintuk dan lenggok yang menggoda terutama bertujuan menarik perhatian dari kaum lelaki.
4. Tidak bersukan sehingga melalaikan
Sukan adalah aktiviti yang tidak melalaikan sehingga meninggalkan benda wajib seperti kewajipan mendirikan solat.
Firman Allah SWT:
فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (٥)
Maksud: Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. [Surah Al-Maa’uun 107: 4-5]
5. Mempunyai sifat jati diri yang kuat
Wanita yang memilih untuk bersukan mestilah mempunyai jati diri dan keimanan yang kuat agar tidak mudah melakukan perkara yang dilarang oleh syariat seperti membuka aurat semasa mempamerkan aksi sukan. Peristiwa atlet-atlet yang menayangkan aurat mereka semasa bersukan dilihat sebagai mencemarkan imej Islam dan jati diri yang goyah.
Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Syari’ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang.
Allah berfirman:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تُحَرِّمُوْا طَيِّبٰتِ مَآ اَحَلَّ اللّٰهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوْا ۗاِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ
“Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.” [Al-Ma’idah: 87].
Jadi itu sahaja perkongsian kami hari ini. Jumpa di lain entri ya sisters!
Perkongsian yang menarikk! Saya suka main sukan badminton😍
ReplyDeleteSaya suka main kayak jugak! 😆😆
ReplyDeletesungguh ringkas dan padat 😁 mantap 👍🏻
ReplyDeletebestnya boleh kayakk saya suka nak bersilat tapi sini takde pulak silat hmm
ReplyDeleteSaya suka main bola tampar dan badminton, tapi dah lama saya tak bersukan 😂
ReplyDelete