Siapa yang baca profail Saalam Sixters ni, mesti tahu yang kami para admins merupakan pelajar IPT (siapa belum baca haa cari cepat!) Jadi admin dapat update dari kawan-kawan universiti lain yang sekarang sedang musim pilihan raya kampus. Dan admin perasan yang saban hari, saban tahun, pemimpin dari kalangan wanita semakin ramai! Jadi admin terpanggil untuk berkongsi dengan sisters semua mengenai wanita dan kepimpinan. Jom!
______________________________________________________________________
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Manakala, kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.
Menurut Perspektif Islam
- Secara umumnya keterlibatan perempuan dalam urusan muamalah harian berasaskan dua wilayah (kekuasaan), iaitu al-wilayah al-'ammah dan al-wilayah al-khassah.
- Dalam al-wilayah al-'ammah timbul polemik mengenai kewajaran melantik seseorang perempuan.
- Keharusan kaum perempuan dalam memegang urusan yang berkait dengan al-wilayah al-khassah tidak dipertikaikan oleh ulama.
- Ditakrifkan sebagai suatu jawatan atau kuasa yang menjalankan sesuatu urusan umum.
- Dalam istilah sekarang, ia adalah kekuasaan tertinggi, kekuasaan kehakiman, badan pengawas, kekuasaan perundangan dan lain-lain yang termasuk dalam fardu kifayah.
- Para ulama klasik bersepakat menyatakan tidak harus bagi perempuan untuk menjawat jawatan kepimpinan tertinggi dan lelaki disyaratkan sebagai asas utama perlantikan ini.
- Firman Allah SWT dalam al-Qur'an al-Karim, surah al-Nisa' (4): ayat 34 yang bermaksud:
اَلرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ اللّٰهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَآ اَنْفَقُوْا مِنْ اَمْوَالِهِمْ ۗ
Lelaki (suami) adalah pelindung bagi wanita (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah memberi nafkah dari harta mereka.
- Dengan tanggungjawab yang berat inilah jumhur ulama sepakat meletakkan syarat pelantikan ketua negara itu dari kalangan kaum lelaki.
- Walau bagaimanapun, Menurut Siti Musdah Mulia, tidak ada larangan dalam Islam mengenai kepemimpinan perempuan, tetapi juga tidak ada perintah.
- Sedangkan golongan ketiga membenarkan kepimpinan perempuan dalam batas tertentu, iaitu selain jawatan khalifah agung (al-Khilafah al-Uzma), iaitu Ibn Hazm.
- Syeikh alGhazali turut berpendapat bahawa Islam tidak melarang perempuan menjawat apa sahaja jawatan kecuali Khalifah Agung (al-Khilafah al-'Uzma).
- Mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik
- Mempunyai ciri fizikal dan peribadi yang mampu mengajak, membimbing dan memimpin orang lain.
- Justeru berasaskan perbincangan tersebut, penulis memilih pandangan golongan sederhana iaitu pendapat al-Ghazali, iaitu perempuan boleh menjawat jawatan tertentu selain Khalifah Agung (al-Khilafah al-'Uzma).
- Hal ini kerana, pandangan berkenaan mampu menangani kemelut semasa khususnya berkait dengan isu kepimpinan perempuan kontemporari.
- Kaum perempuan mendapat pelbagai hak termasuklah dalam bidang kepimpinan.
- Pandangan tersebut perlu diteliti dalam mengambil kira kepimpinan perempuan berasaskan latar belakang setempat.
______________________________________________________________________
Itu sahaja perkongsian dari kami untuk entri kali ini. Semoga sedikit sebanyak kita para muslimah mampu menjadi seorang pemimpin, tidak kira apa jua taklukan kita. Paling penting, kita merupakan pemimpin bagi diri kita sendiri.
Nah admin kongsikan gambar admin masa jadi fasilitator pelajar dahulu. Salah satu pengalaman admin dalam bidang kepimpinan, menyimpan satu seribu pengalaman yang takkan terlupakan :)
Kongsikan ciri-ciri kepimpinan yang para sisters idamkan atau mahukan dalam diri seorang pemimpin, samada kalian sebagai pemimpin atau orang yang dipimpin. Kalau admin, admin amat mengidamkan kemahiran komunikasi diri semakin baik sebagai seorang pemimpin, barulah orang lain ada keyakinan terhadap apa yang kita sampaikan. 😄
Antara ciri yang sis inginkan dalam pemimpin ialah warak, meskipun disanjung tinggi oleh rakyat tetapi masih menunduk ke bumi tidak merasa takabbur dengan jawatan yang digalas. Rasulullah SAW sebagai pemimpin ummat sangat warak dalam memimpin, Baginda Nabi SAW sentiasa mendahulukan ummatnya dalam apa jua keadaan, Baginda Nabi SAW bimbang ummatnya dalam kelaparan sedangkan Baginda Nabi SAW sendiri juga tidak punya makanan
ReplyDelete