Wanita & Media Sosial

Hai dan Assalamualaikum, sisters semua! Kembali lagi kita dalam rancangan............Eh! dah macam rancangan TV pula! 😂 Terima kasih sebab kembali lagi bersama kami! Jadi setelah entri lepas kita bincangkan mengenai muslimah dan sukan, jadi kali ini, kita akan bincang satu lagi topik menarik yang sangat berkait rapat dengan wanita, terutamanya wanita millenial hari ini.

Iya sisters, apa lagi kalau bukan, MEDIA SOSIAL! sesuatu yang sangat rapat dengan kita. Boleh dikatakan mustahil kalau salah seorang dari para sisters yang sedang membaca ini tiada satu pun media sosial. Sekurang-kurangnya, WhatsApp mesti ada kan? 😆

Okay jom kita mulakan diskusi kita, mengenai wanita dan media sosial dari perspektif Islam!


___________________________________________________________


i) Apa itu media sosial?

  • Perantaraan untuk berhubung antara satu sama lain. 
  • Dapat mengenal kenalan baru, bertukar maklumat dan berkongsi aktiviti harian
  • Platform media sosial merupakan tempat awam yang neutral yang membolehkan orang ramai berkumpul dan berinteraksi tanpa menghiraukan status atau kedudukan, malah mereka bebas datang dan pergi sesuka hati kerana tidak terikat dengan obligasi.
ii) Wanita dari perspektif Islam 
  • Salah satu makhluk istimewa dari golongan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi pasangan kepada kaum lelaki. (surah an-Nisa’: 4:1)
  • Kita sebagai insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT hendaklah memuliakan kaum wanita dengan menunjukkan nilai menghargai dan menghormati kaum wanita.
  • Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk memuliakan kaum wanita sebagaimana sabda Rasulullah SAW (Abu Dawud, 2009): 

عَن ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّه ﷺ: « أَلا أُخْبِرُكَ بِخَيرِ مَا يَكْنِزُ المَرءُ؟ المَرأةُ الصَّالِحَةُ، إذَا  نَظَرَ إلَيهَا سَرَّتْهُ، وَإذَا أمَرَهَا أطَاعَتْهُ، وَإذَا غَابَ عَنهَا حَفِظَتْهُ.»

Maksud: Ibn ‘Abbas RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”

  • Nabi Muhammad SAW juga menekankan bahawasanya wanita merupakan    golongan yang digelar perhiasan bagaimana sabda baginda (Muslim, t.th.: 1467):

عَنْ عبدِ اللَّه بن عَمرو رضى اللّه عنه، قال: قال رسول اللّه ﷺ «الدُنيَا مَتَاعٌ، وخَيرُ مَتَاعِهَا المَرأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksud: Ibn 'Umar RA berkata, "Rasulullah SAW bersaba, "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." (Muslim)

  • Allah SWT juga menegaskan bahawa lelaki itu adalah ketua keluarga dalam firman-Nya dalam surah al-Nisa’ ayat 34.
  • Wanita yang hebat itu adalah wanita yang berupaya menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dikala ramai manusia lain tidak menghiraukannya.
iii) Pengaruh wanita dalam media sosial

Wanita seringkali dikaitkan dengan media sosial kerana bagi mereka, media sosial adalah salah satu cara untuk menambah maklumat tambahan. Tambahan pula, golongan wanita juga menggunakan media sosial supaya dapat menjana sumber pendapatan dengan berniaga secara atas talian (sangat mudah dilakukan di rumah terutamanya bagi golongan suri rumah). Secara amnya, media sosial memberikan impak positif kepada sesetengah pengguna, namun ada beberapa kesan sampingan yang harus diberi perhatian. Di bawah ini, kita dapat lihat kesan dan pengaruh media sosial terhadap wanita iaitu:

1) Berlebihan dalam media sosial (Tidak menjaga batas-batas pergaulan di media sosial). Sosial yang diterima syarak: 
  • bersosial untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan manfaat dan kebaikan (menguruskan program yang bermanfaat dll)
  • Menjalinkan ikatan silaturrahim bersama masyarakat.
  • Menegakkan agama (berdakwah kepada masyarakat umum)
2)  Menonjol kecantikan (ramai wanita memuat naik gambar/video berunsurkan seks dan tidak menutup aurat dengan sempurna).
  • Surah An-Nur: ayat 31:
  وَقُلْ لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوْبِهِنَّۖ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اٰبَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اٰبَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَاۤىِٕهِنَّ اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُنَّ اَوِ التَّابِعِيْنَ غَيْرِ اُولِى الْاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِيْنَ لَمْ يَظْهَرُوْا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَاۤءِ ۖوَلَا يَضْرِبْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّۗ وَتُوْبُوْٓا اِلَى اللّٰهِ جَمِيْعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.

3) Ghibah dan Fitnah (menceritakan keburukan atau aib keluarga/rakan/pasangan di media sosial)
  • Surah Al-Hujurat: ayat 6


وَلَوْ اَنَّهُمْ صَبَرُوْا حَتّٰى تَخْرُجَ اِلَيْهِمْ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ۗوَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 
Dan sekiranya mereka bersabar sampai engkau keluar menemui mereka, tentu akan lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

  • Menjaga lisan/ menjaga diri daripada komen atau memuat naik kata-kata yang boleh melukakan hati seseorang.

iv) Kesan emosi dalam media sosial
  • Emosi menurut Kamus Dewan (2005) bermaksud perasaan seseorang insan atau manusia sama ada sedih, gembira, takut, gemuruh dan lain-lain. 
  • Emosi seseorang juga menggambarkan keperibadian orang itu yang tersendiri dan sukar untuk dimanipulasikan dalam tempoh masa yang lama.
  • Kesan emosi positif: penggunaan media sosial dapat memberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan (sbg contoh: melihat video/mendengar lagu di platform youtube, emosi menjadi stabil menghilangkan stress dari kehidupan seharian// merapatkan hubungan dengan orang tersayang yang membolehkan kita berhubung dan beramah mesra dengan mereka)
  • Kesan emosi negatif: komen negatif yang diterima (menonjolkan diri di platform media sosial) boleh membuatkan seseorang itu rasa tersisih dan sehingga boleh mengganggu emosi dan perasaannya.
v) Rumusan
  • Media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan harian setiap manusia lebih-lebih lagi pada era globalisasi kini.
  • Peranan agama sebagai pendamping hidup sepanjang zaman mampu menjadikan media sosial sebagai salah satu medium dakwah untuk kita menyebarkan syiar Islam kepada seluruh dunia. 
  • Media sosial juga mampu meninggalkan kesan yang positif dan negatif dan ini bergantung kepada niat dan tujuan seseorang sewaktu menggunakan media sosial.
  • Golongan wanita merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang beremosi dan perlu untuk bersikap rasional dalam tindak tanduk dan perbuatan yang dilakukan.
  • Maka perlulah golongan wanita berhati-hati lebih-lebih lagi sewaktu menggunakan media sosial terutamanya dalam perkara yang berkait dengan emosi kerana kesihatan dan gaya hidup mereka mungkin terkesan dan terjejas akibat penyalahgunaan media sosial pada hari ini.
  • Menggunakan teknologi dengan sebaiknya dan jangan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

___________________________________________________________

Sekian sharing untuk kali ini! Btw ini salah satu media sosial kami. Jemput follow sebab kami jamin para sisters takkan menyesal kalau follow kami 😋


3 comments: